“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]
Falsafah Pendidikan
Pendidikan AI-Quran Prasekolah Al Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi yang mampu mempelajari AI-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan membaca, menghafaz dan menulis ayat-ayat AI-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan di samping kecemerlangan dalam bidang akademik
Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, Al Baghdadi Method Sdn Bhd telah mempunyai 639 pusat pembelajaran al-Quran Teknik Al Baghdadi atau Al Baghdadi Learning Centre (ALC) diseluruh Malaysia dan menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records bagi kategori The Largest Quranic Learning Centre Chain in Malaysia dalam tempoh 19 bulan.
Wujud keperluan Al Baghdadi memperkenalkan Pusat Perkembangan Potensi Kanak-kanak al-Quran pertama di Malaysia yang berkonsepkan al-Quran sepenuhnya dengan menggunakan Teknik Al Baghdadi sebagai asas kepada pembelajaran di pusat tersebut yang dikenali sebagai Al Baghdadi Playtime Centre (APC). APC juga bertindak sebagai Pusat Tuisyen al-Quran bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.
Tadika Al Baghdadi di Bandar Tasik Kesuma dan Mahkota Hills menyediakan persekitaran prasekolah Islamik yang seimbang, menggabungkan kecemerlangan akademik dan pembelajaran Al‑Quran. Ia amat sesuai untuk ibu bapa yang mencari pendidikan awal yang menyeluruh serta berteraskan nilai-nilai Islam bagi anak-anak berumur 4 hingga 6 tahun.
Tadika kami berdaftar secara rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dengan nama Tadika Cilik As Syakirah (No. Pendaftaran: 201903179870). Seiring dengan itu, segala pelaksanaan pembelajaran adalah berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Teacher Umi
Akan balas secepat mungkin.
Assalamualaikum. Sila tekan butang "Hantar Mesej" untuk berbual dengan saya.