Sesi penuh ini sangat sesuai untuk ibu bapa yang bekerja dan mencari prasekolah Islamik yang bukan sahaja fokus kepada pembelajaran awal kanak-kanak, tetapi juga menyediakan penjagaan harian yang selamat dan bermanfaat.
50% pembelajaran akademik, merangkumi:
✅ Pendidikan Islam
✅ Bahasa Melayu
✅ Bahasa Inggeris
✅ Matematik
✅ Sains
✅ Hafazan Surah Pendek
✅ Tamhid Al-Quran (Kaedah Al Baghdadi – Belajar mengaji secara interaktif)
Aktiviti waktu petang termasuk:
✅ Aktiviti pengukuhan pelajaran pagi
✅ Seni & kraftangan
✅ Hafazan tambahan & bacaan ulangkaji
✅ Permainan berstruktur & santai
✅ Makan tengah hari & minum petang
✅ Masa rehat & pengurusan diri
Dengan jadual yang seimbang antara akademik, rohani dan aktiviti harian, anak-anak akan membesar dalam suasana yang membina, menyeronokkan dan penuh kasih sayang – sesuai untuk umur 4–6 tahun.