Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang diredai Allah SWT, tetapi dia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.[6]
(Riwayat Ibn Majah)
Kreatif dan Menyeronokkan
Tadika Al Baghdadi merupakan pendidikan prasekolah berasaskan pendidikan AI-Quran yang disediakan untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun dengan memberikan bimbingan bagi meningkatkan keupayaan membaca, menghafaz dan menulis ayat-ayat AI-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan.
Keistimewaan Teknik Ketukan Al Baghdadi
Memenuhi ciri-ciri teori kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) yang diperkenalkan oleh Howard Gardner dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Memenuhi 3 ciri teknik pembelajaran berkesan dengan melibatkan bahan, guru dan pelajar serentak dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Memenuhi keperluan kinestatik anggota khususnya dalam mencapai tahap kemahiran tinggi, logik dan matematik.
Membantu meningkatkan tahap penumpuan kepada proses pembelajaran dengan mengaktifkan otak kiri dan kanan serentak dalam proses pembelajaran
Teacher Umi
Akan balas secepat mungkin.
Assalamualaikum. Sila tekan butang "Hantar Mesej" untuk berbual dengan saya.