Prasekolah

keutamaan pendidikan al quran

Di Tadika Cilik As Syakirah (APC Beranang), pembelajaran prasekolah adalah mengikut silibus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, kami juga menerapkan beberapa teknik Al Baghdadi seperti Hafazan dan Mengaji Al Quran bersama-sama dengan silibus tersebut. 

butiran kurikulum

Peringkat Umur:
4, 5 dan 6 tahun

Pakej Pilihan:
Pakej Zamrud, Pakej Fairuz dan Pakej Nilam

Waktu persekolahan:
8.30 pagi hingga 12.00 tengahari 

Sila rujuk ruangan Teras Pembelajaran untuk ketahui subjek matapelajaran yang diajar.

Pakej Nilam adalah pakej sepenuh masa Prasekolah + Playtime yang sangat sesuai untuk ibubapa bekerja. Sila klik butang di bawah untuk ketahui program Playtime.

Teras pembelajaran

  • Teras Bahasa merupakan teras kedua selepas Teras Ilmu diterapkan. Ia dihasilkan berdasarkan Firman Allah S.W.T. : “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.” Oleh itu Teras Bahasa adalah menjadi keutamaan dan ia merangkumi JOM BACA RUMI, JOM BACA JAWI, LETS READ dan HAYYA NAQRA.
  • Matapelajaran yang diajar: Jom Baca Rumi, Jom Baca Jawi, Let’s Read & Hayya Naqra’

  • Aspek kognitif merupakan teras ilmu duniawi yang disandarkan kepada aspek pendidikan Al Quran. Teras kognitif amat perlu untuk meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anak-anak Tadika Al Baghdadi. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek JOM KAJI, JOM KIRA dan JOM KREATIF mampu mengaktifkan keupayaan otak kanan dan otak kiri mereka.
  • Matapelajaran yang diajar: Jom Kira, Jom Kaji & Jom Kreatif

  • Teras Ilmu merupakan tunjang utama pembelajaran asas Al Quran Prasekolah Teknik Al Baghdadi. Jom Al Baghdadi – Teknik Membaca Al Quran Mudah dengan menggunakan Alat Ketuk. Manakala Jom Nadi Al Baghdadi memberi fokus kepada pembelajaran hafazan Al Quran dengan Teknik Al Baghdadi.
  • Matapelajaran yang diajar: Jom Al Baghdadi (Mengaji) & Jom NADI Al Baghdadi (Hafazan).

  • Teras Akhlak adalah tunjang dalam mengamalkan agama Islam yang diterapkan kepada anak-anak APC berdasarkan Firman Allah S.W.T. : “Tidaklah aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepadaKu”. Pembinaan sahsiah melalui contoh tauladan dari Sirah Rasulullah, serta Amalan Soleh menjadi aktiviti harian. Teras Akhlak merangkumi JOM AMAL, JOM IMAN dan JOM IBADAH. Aktiviti-aktiviti pembelajaran bakal mengisi rohani anak-anak Tadika Al Baghdadi, dengan iman yang menjadi benteng akidah mereka.
  • Matapelajaran yang diajar: Jom Amal, Jom Iman & Jom Ibadah

DAFTAR ANAK ANDA SEKARANG!

ke arah melahirkan genius al quran

×

Assalamualaikum WBT

× Apa yang boleh saya bantu?