Kabinet putuskan kanak-kanak lima tahun wajib ikuti prasekolah – TPM

BAGAN DATUK – Jemaah Menteri pada Jumaat telah memutuskan kanak-kanak berusia lima tahun diwajibkan mengikuti prasekolah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Kabinet.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan majlis Pecah Tanah Industri QL Innofood Park di Bagan Datuk. Turut sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF 25 JANUARI 2026.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu telah memutuskan bahawa prasekolah diselaraskan di bawah Kementerian Pendidikan di mana anak-anak berumur lima tahun akan diwajibkan untuk menduduki kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah di bawah kementerian pendidikan.

“Manakala Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) khususnya Tabika (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) dan Tadika (Taman Didikan Kanak-Kanak). Begitu juga prasekolah perpaduan dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyantuni pelajar daripada umur tiga hingga empat tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir ke Majlis Pecah Tanah Taman Industri QL Innofood Park, Hutan Melintang di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

https://malaysiagazette.com/2026/01/25/kabinet-putuskan-kanak-kanak-lima-tahun-wajib-ikuti-prasekolah-tpm

Teacher Umi

Akan balas secepat mungkin.

Assalamualaikum. Sila tekan butang "Hantar Mesej" untuk berbual dengan saya.