Tadika Pratahfiz

PENDIDIKAN awal kanak-kanak sentiasa menjadi isu penting dan menarik untuk dibincangkan. Persoalan mengenai kualiti tadika, pembelajaran, kurikulum dan guru terlatih semakin diambil berat terutama ibu bapa. Malah, ada ibu bapa yang sangat cerewet dalam memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang diinginkan memandangkan kesedaran mengenai persaingan dan juga pencapaian yang semakin tinggi apabila memasuki tahun satu. […]