Tadika Al Baghdadi Beranang & Mahkota Hills telah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia atas nama Tadika Cilik As Syakirah. Justeru itu, kami masih menggunakan Teknik pembelajaran yang telah diterajui dan dianjurkan oleh Al Baghdadi Group.
Tadika ini adalah tadika islamik yang menerapkan pembelajaran 50% Al Quran dan 50% Akademik silibus KSPK. Lokasi tadika kami terletak di Bandar Tasik Kesuma, Beranang berhampiran Kolej Professional MARA Beranang. Kami menerima murid-murid sekitar Bandar Tasik Kesuma, Eco Majestic dan sekitar Beranang.
Di Tadika Cilik As Syakirah (Al Baghdadi Playtime Centre – APC) kami menawarkan pembelajaran Prasekolah Al Quran yang berdasarkan silibus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, kami juga menerapkan 50% pembelajaran Al Quran dengan menggunakan Teknik Al Baghdadi.
half day
8.00pg - 12.30tgh
Program Half Day di Tadika Al Baghdadi direka khas untuk anak-anak prasekolah berumur 4 hingga 6 tahun dengan pendekatan pendidikan yang seimbang — 50% akademik dan 50% pembelajaran Al-Quran.
Program selepas prasekolah yang direka khusus bagi memenuhi keperluan peribadi seorang Muslim. Penuh dengan aktiviti-aktiviti seperti belajar solat, hafazan surah lazim dan doa harian. Sesuai untuk ibubapa yang bekerja sepenuh hari. Anak-anak boleh transit selepas Prasekolah